BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

search!

Oct 22, 2009

muzik masyarakat bidayuh.

Bagi masyarakat Bidayuh, muzik memainkanperanan yang penting dalam setiap upacara keagamaan yang mereka jalankan. Muzik ini berperanan menaikan semangat, mengusir roh jahat dan sebagai pententeram kepada semangat roh. Muzik juga memainkan peranan dalam pemberitahuan motif sesuatu upacara yang dijalankan. Umumnya muzik tradisional masyarakat Bidayuh terdiri daripada sepasang gong besar, Canang, Gendang dan Tawak (sejenis gong kecil. Terdapat juga alat muzik tradisional yang lain seperti serunai/seruling dan gitar buluh. Namun alat muzik seumpama ini amat kurang dimainkan kerana proses pembuatannya yang agak rumit.

0 comments: